Hauzah 2022

Ibn sina, Al-Isyārāt wa al-Tanbīhāt dan Tasawuf

Kemunduran dunia Islam suatu ketika bukan sahaja membunuh Falsafah Islam tetapi kesannya timbul pelbagai tafsiran tidak adil terhadap kajian pengembangan Falsafah Islam. Selepas itu, kecenderungan kajian serius Falsafah Islam banyak datangnya daripada sumber di Barat. Sehingga perkembangan kritis terhadap telaah Falsafah Islam tidak lagi menjadi sesuatu hal yang penting dalam dunia Islam sekali gus mengiyakan segala kajian-kajian sedia ada. Tidak pelik bermacam tafsiran terhadap Ibnu Sina sehingga tohmahan terhadapnya konon beliau keluar dari alur keislaman murni.  Tatkala itu, terus menggangap Ibnu Sina dipandang statik Aristotelian dan lebih Yunani ketimbang Islam. Belakangan kini telah muncul banyak pengkaji dan pentelaah serius terhadap karya Ibnu Sina sehingga menemukan sisi sufistik atau isyraqi daripada pemikiran seorang tokoh falsafah.  Antara pengkaji Barat yang serius menelaah dan menemukan pandangan tersebut seperti Henry Corbin yang dirujuknya sisi al-hikmah Musyriqiyah (Iluminasi) bukan Masriqiyah. Bahkan tidak kurang banyak lantang mengkritik beberapa pandangannya seperti sarjana klasik Fakhru al Razi mahupun sarjana kontemporari Fazlur Rahman.  Kerana itu tidak pelik para sufi banyak menolak keterkaitan Ibnu Sina dengan tasawuf. Namun, yang mengiyakan sisi sufi tidak juga sedikit seperti ditunjukkan dalil sufistik yang tertuang dalam kitab beliau seperti Risalah fi al-Isyq termasuklah bahagian akhir kitab Al-Isyārāt wa al-Tanbīhāt. Kitab Al-Isyārāt ini lah bahagian penting sering menjadi perbahasan para pengkaji mengenai soal sufistik susuk Ibnu Sina dan membuktikan bahawa Falsafah Islam bersifat sufistik.  Sudah tentu banyak lagi karya kecilnya menemukan sisi sufi beliau seperti Manthiq Tayr, Salman wa Absal, dan lain-lain. Demikian kitab Al-Isyārāt wa al-Tanbīhātbukan sahaja dianggap kitab tasawuf paling menarik oleh pengritik tegar beliau iaitu Fakhru al Razi tetapi akan ia membawa pembaca ke suatu kefahaman baru mengenai “jalan hikmah” dalam menuju pendakian falsafah paling agung yang menjangkau fikiran, realiti dan manusia biasa – Al-Haqq Maka tidak pelik melalui kitab ini, timbul suara-suara mengatakan bahawa sifat Aristotelian beliau telah menjadi ke arah Sufi.  Untuk lebih lanjut, ikuti kelas Tasawuf Ibn Sina yang akan diadakan pada 1-4 Mac 2023.  Pendaftaran berbaki 2 hari dan berakhir pada 28 Februari 2023. Silakan klik yang mahu mendaftar

Ibn sina, Al-Isyārāt wa al-Tanbīhāt dan Tasawuf Read More »

Ulasan Buku Isyarat va Tanbihat Bahagian Tasawuf

Oleh: Firuz Ramli   Kitab Isyarat va Tanbihat secara keseluruhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu mantik dan falsafah. Setiap bahagian terbahagi kepada sepuluh fasa dimana setiap fasa mantik dimulai dengan (نهج) dan falsafah pula dimulai dengan (نمط). Pada bahagian falsafah terkandung perbahasan: Tabieyat, Ilahiyat dan Tasawuf. Bahagian tasawuf dimulai dengan perbahasan kegembiraan dan kebahagian (البهجة و للسعادة), walau bagaimana pun saya tidak pasti adakah Ibn Sina sendiri yang meletakan nama bab tasawwuf pada namat ke 8 – 10 atau diletakan oleh pengkaji yang lain. Apa pun kata tasawwuf ini terdapat pada cetakan kajian oleh Dr. Sulaiman Dunya. Pada namat ke 8 Ibn Sina memulakan perbahasan kegembiran dan kebahagian, maka saya membuat kesimpulan bahawa Ibn Sina pada bahagian namat ke 8 bukan bermaksud hendak memulakan perbahasan khas tentang tasawuf walau bagaimana pun ia terkait rapat dengan perbahasan tasawuf secara tidak langsung berbeza pada namat ke 9 yang membicarakan tentang kedudukan urafa sebagaimana komentar Imam Fakhru Razi menyatakan :  أن هذا الباب اجل ما فی هذا الکتاب فإنه رتب فیه علوم الصوفیة ترتیبا ما سبقة إلیه من قبله ولا لحقه من بعده Bab (tasawuf) ini adalah bahagian paling utama dari buku ini, kerana Ibn Sina menyusun ilmu-ilmu para sufi dengan sistematik yang tidak pernah dikenal sebelumnya juga setelahnya (Imam Fakhru Razi) Walau pun kita melihat tajuk kegembiraan dan kebahagian diletak oleh Ibn Sina pada namat ke 8, namun begitu bukanlah tujuan Ibn Sina hendak membahaskan secara mutlak hakikat kegembiraan dan kebahagian, tetapi tajuk ini diletak adalah kesinambungan dari perbahasan namat yang sebelumnya iaitu mengenai tajarrud (pemurnian dari materi) jiwa insan iaitu persoalan adakah setelah jiwa insan terpisah dari badannya maka ia tidak lagi dapat menerima kebahagian dan kesakitan kerana kebahagian dan kenikmatan hanya dapat dinikmati melalui deria hissi. Maka menuntut persoalan ini Ibn Sina membuka bicara tentang kebahagian namun bukan kebahagian secara mutlak tetapi hanya membahaskan tentang kebahagian rohani sahaja. Sememangnya membaca kitab isyarat pada bahagian ini adalah nikmat dan kebahagian rohani sehingga kopi dan manisan di sebelah pun saya abaikan. Selebihnya biar Dr. Ammar Fauzi menerangkan perbahasan pada namat 8-10 ini dengan lebih detail kerana perbahasan ini akan memberi satu pandangan kritis dan mendalam mengenai tujuan hidup kita, ia turut juga merangkum perbahasan falsafah akhlak. Walau bagaimana pun perbahasan ini menjadi lebih menarik bila ia dipertimbangkan dengan Al-quran dan Sunnah kerana kita akan dapati ilmu Al-quran dan Sunnah melangkaui kehebatan aqal manusia. Yang berminat untuk mendaftar pengajian kelas tasawuf Ibn Sina, boleh hubungi wakil kami:+60102765631 – MALAYSIA+62 852 8021 7189 – INDONESIA atau terus klik di bawah: https://wa.link/w1lr1c Firuz Ramli, Pengerusi di TRADISI

Ulasan Buku Isyarat va Tanbihat Bahagian Tasawuf Read More »

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri 4)

𝐓𝐀𝐒𝐀𝐖𝐔𝐅 𝐈𝐁𝐍𝐔 𝐒𝐈𝐍𝐀 “𝐁𝐚𝐛 𝐝𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐭-𝐝𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐫𝐢𝐟-𝐬𝐮𝐟𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐥-𝐈𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐰𝐚 𝐚𝐥-𝐓𝐚𝐛𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐬𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐝𝐢𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐫𝐲𝐚-𝐤𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐓𝐚𝐬𝐚𝐰𝐮𝐟 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚.”-Imam Fakhruddin al-Razi  Dalam peradaban ilmu keislaman, Irfan atau Tasawuf merupakan salah satu ilmu tertua. Para arif-sufi berkontribusi dalam pengayaan khazanah Islam. Peranan penting mereka juga dapat diamati dari hubungan Tasawuf dengan Filsafat. Meski Filsafat kerap dipandang rendah bahkan sesat dan kafir oleh sebahagian sufi, namun banyak filosof besar Muslim yang mengapresiasi Tasawuf. Dalam al-Isyarat wa al-Tanbihat, Ibnu Sina secara kreatif dan inovatif bahkan mengakomodasi Tasawuf sebagai bagian penuntas dari Filsafat.  Kendati sudah banyak karya Tasawuf disusun oleh para sufi agung, perumusan kaidah-kaidah Tasawuf dan gugus pencapaian hakikat para sufi dalam karya filosofis Ibnu Sina itu tampak unik dan istimewa.  Sedemikian tertib, koheren dan kokoh Ibnu Sina mendisiplinkan Tasawuf hingga mendesak Imam Fakhruddin al-Razi sebagai kritikus terbesar atas karya Ibnu Sina itu untuk menyatakan objektivitas dan kekaguman intelektualnya: “Bab derajat-derajat para arif-sufi adalah materi paling penting dari al-Isyarat wa al-Tabihat hingga sulit dijumpai karya serupa dari karya-karya Tasawuf sebelum dan setelahnya.” Yang berminat boleh hubungi wakil kami:+60102765631 – MALAYSIA+62 852 8021 7189 – INDONESIA atau terus klik di bawah: https://wa.link/w1lr1c

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri 4) Read More »

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri 3)

Apakah Ada (wujūd)? Adakah Ada? Mengapa Ada mengada? Apa relasi antara Ada (wujud) dan yang-ada (mawjūd)? Ini beberapa pertanyaan utama yang mengawali sekaligus menjadi poros filsafat, atau tepatnya Filsafat Pertama (al-falsafah al-‘ūlā) sebagai ilmu disiplin ilmu dalam tradisi Islam. Kedudukan topik Ada ini diingatkan oleh Ibnu Sina melalui testimoni Mulla Sadra, “Tidak mengenal ada, maka tidak mengenal apa-apa.” Meski filsafat Islam bertransformasi secara evolusioner, setidaknya, dalam tiga mazhab utama, namun seluruhnya berada dalam arus utama dengan dua tepi: rasionalitas dan spiritualitas, dengan nalar dan wahyu, anpa kehilangan pangkal dan akarnya, yakni realitas dan Ada.  Tentunya, studi filosofis kontemporer juga kian kokoh dan menjadi bagian mutakhir dari tradisi filsafat Islam dengan juga secara konsisten merujuk khazanah serta pemikiran filosof terdahulu. Ibnu Sina dan salah satu karya monumentalnya, yakni al-Isyārāt wa al-Tanbīhāt, ini merupakan satu dari sekian alternatif yang kredibel dan relevan. Dari memulai kajian? Dari pertanyaan-pertanyaan di atas melalui dua kata kunci: wujud dan mahiyah, atau ada dan apa. Kepada yang berminat turut serta boleh hubungi:  https://wa.link/gb6wy9 Tarikh tutup penyertaan pada 15 Januari 2023. (Bilangan terhad)

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri 3) Read More »

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri 2)

Pemikiran Suhrawardi masih sedikit yang mengkaji lantaran rumit dan sulit. Karya ini mengubah hidup tokoh pemikir seperti Henry Corbin secara intelektual dan spritual. Di barat beberapa pengkaji seperti Luis Massignon, Otto Spies, Helmut Ritten dan lain-lain. Ditanya oleh muridnya kepada sang guru iluminasi tentang karyanya Hikmah al-Isyraq adalah karya falsafah atau mistis? Ya Hikmah al-Isyraq sebuah karya falsafah yang didasarkan atas pengalaman mistis. Menurut pengkaji, Hossen Ziai, unsur logika dan epistemologi begitu kental dalam bangunan falsafah iluminasi, justeru mengabaikan hal-hal itu menjamin ketidaksempurnaan analisis dalam falsafah ini. Seperti dilakukan oleh beberapa pengkaji yang lebih menumpukan sisi kerohanian mistis Suhrawardi seperti Nasr dan Henry Corbin. Kerana itu, memahami falsafah iluminasi Suhrawardi, tidak cukup sekadar memahami karya kemuncaknya seperti Hikmah al-Isyraq tetapi perlu melihat karya lain beliau lebih awal yang berkait seperti At-Talwihat, al-Muqawamat, al-Masyari wa al-Mutharahat demi membentuk satu kesatuan kefahaman yang utuh. Iya harus dibaca mengikut urutan bermula at-Talwihat dan diakhiri dengan Hikmah al-Isyraq. Justeru, Hikmah al-Isyraqi adalah kesimpulan dari karya sebelumnya. Membaca Suhrawardi menjadi sulit kerana metodologinya saling berkait dalam keempat-empat karya tersebut. Isyraqi bererti pencahayaan dan masyriq bererti timur. Kesatuan antara cahaya dan timur dalam Hikmah al-Isyraqi berkaitan dengan simbolisme matahari yang terbit di timur dan mencahayai segala sesuatu. Cahaya diidentifikasikan sebagai iluminasi. Ia menuntun kita mencapai kebenaran dari pancaran pencahayaan ilahi dengan mengakui diri sebagai hamba yang diciptakan dengan kurniaan akal, hati, rasio dan spiritual untuk mencapai kudrat kemanusiaan dan keilahian dalam diri. Dengan hubungan yang terhasil daripada “hikmah al-bahs” dan “hikmah az-zawq”, terhasil konsep yang memadukan intuitif-sufistik dan peripatetik. Hikmah al-Isyraq merupakan kitab rujukan paling klasik tentang falsafah hikmah dan sumber pertama yang membahas epistemologi huduri. Hikmah al-Isyraqi mengkombinasikan falsafah dan irfani dengan menghadirkan kritik tajam terhadap peripatetik. Demikian, Hikmah al-Isyraqi memperkenalkan kita pada satu hal iaitu untuk memperoleh kebenaran yang dipancarkan dari pencahayaan-Nya, kita harus menjadi “cahaya” bagi diri kita sendiri. TRADISI sebuah Pusat Kajian Irfan yang memberi fokus bidang Falsafah Islam dengan menumpukan secara khusus penelitian kajian Irfan Nadzari bersumber dari khazanah ilmiah Islam klasik & kontemporari terutama bersumberkan karya-karya Ibn Arabi, Suhrawardi, Mulla Sadra dan Al Ghazali menjemput anda semua untuk sama-sama belajar mengenai pemikiran tokoh-tokoh tersebut. Dalam Pengajian sesi ini, kita akan belajar mengenali kitab Hikmat al-Isyraq yang dianjurkan TRADISI bermula 9 December ini selama 4 kali sesi pertemuan.  Mari menyertai kuliah ini dan kita akan bersama-sama menemukan lautan terma cahaya; Nur al-anwar. Nur mujarrad, Isfahbad an-nasut, Al-anwar al- mudabbirah, Al-anwar al-qahirah, Nafs azh-zhuhur wa an-nuriyyah, Musyahadah al-Isyraq, Nur al-aqrab, Al-Isyraqat al-ulwiyyah, Al-anwar as-Sanihah, An–nur al-bariq al-ladzidz. Kepada yang berminat turut serta boleh hubungi:  https://wa.link/gb6wy9 Tarikh tutup penyertaan pada 8 December 2022. (Bilangan terhad)

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri 2) Read More »

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri1)

TRADISI menawarkan kelas Tasawuf dan Falsafah (siri 1) pengajian sesi 2022 secara tertutup bagi yang berminat dan akan berlangsung selama 4 kali pertemuan pada setiap khamis malam bermula 29 September, 6 Oktober, 13 Oktober, dan 20 Oktober 2022. Kelas ini akan dikendalikan oleh pakar dalam bidang Teologi dan Falsafah iaitu Ammar Fauzi Ph.d, Dosen Sekolah Tinggi Filsafat Sadra, Jakarta. Beliau akan mengupas keseluruhan kitab al-Irfan al-nadzari yang ditulis oleh Yazdan Panah secara terperinci sepanjang sesi pertemuan. Peserta boleh menanyakan soalan mengenai topik secara terus kepada narasumber semasa kelas berlangsung. Kitab: Al-Irfan al-Nadzari (Irfan Teoretis) oleh Yazdan Panah Tenaga Pengajar: Ammar Fauzi, Ph.d Waktu : 29 September, 6 Oktober, 13 Oktober, 20 Oktober 2022 Setiap hari khamis 8.30 PM – 10.00 PM  Yuran Komitmen : Rm35 ( 4 x Sesi ) MAKLUMAN 1-Rakaman juga disediakan kepada peserta yang mendaftar.  2-Sijil penyertaan diberikan kepada peserta kelas. 3-Tarikh tutup penyertaan pada 24 September 2022. (Bilangan terhad) Kepada yang berminat boleh hubungi Whatsapp sdr Reza link di bawah.  https://wa.link/jcnn8x

Pengajian Tasawuf dan Falsafah (siri1) Read More »

Scroll to Top