Ibn sina, Al-Isyārāt wa al-Tanbīhāt dan Tasawuf

Kemunduran dunia Islam suatu ketika bukan sahaja membunuh Falsafah Islam tetapi kesannya timbul pelbagai tafsiran tidak adil terhadap kajian pengembangan Falsafah Islam. Selepas itu, kecenderungan kajian serius Falsafah Islam banyak datangnya daripada sumber di Barat.

Sehingga perkembangan kritis terhadap telaah Falsafah Islam tidak lagi menjadi sesuatu hal yang penting dalam dunia Islam sekali gus mengiyakan segala kajian-kajian sedia ada. Tidak pelik bermacam tafsiran terhadap Ibnu Sina sehingga tohmahan terhadapnya konon beliau keluar dari alur keislaman murni. 

Tatkala itu, terus menggangap Ibnu Sina dipandang statik Aristotelian dan lebih Yunani ketimbang Islam. Belakangan kini telah muncul banyak pengkaji dan pentelaah serius terhadap karya Ibnu Sina sehingga menemukan sisi sufistik atau isyraqi daripada pemikiran seorang tokoh falsafah. 

Antara pengkaji Barat yang serius menelaah dan menemukan pandangan tersebut seperti Henry Corbin yang dirujuknya sisi al-hikmah Musyriqiyah (Iluminasi) bukan Masriqiyah. Bahkan tidak kurang banyak lantang mengkritik beberapa pandangannya seperti sarjana klasik Fakhru al Razi mahupun sarjana kontemporari Fazlur Rahman. 

Kerana itu tidak pelik para sufi banyak menolak keterkaitan Ibnu Sina dengan tasawuf. Namun, yang mengiyakan sisi sufi tidak juga sedikit seperti ditunjukkan dalil sufistik yang tertuang dalam kitab beliau seperti Risalah fi al-Isyq termasuklah bahagian akhir kitab Al-Isyārāt wa al-Tanbīhāt. Kitab Al-Isyārāt ini lah bahagian penting sering menjadi perbahasan para pengkaji mengenai soal sufistik susuk Ibnu Sina dan membuktikan bahawa Falsafah Islam bersifat sufistik. 

Sudah tentu banyak lagi karya kecilnya menemukan sisi sufi beliau seperti Manthiq TayrSalman wa Absal, dan lain-lain. Demikian kitab Al-Isyārāt wa al-Tanbīhātbukan sahaja dianggap kitab tasawuf paling menarik oleh pengritik tegar beliau iaitu Fakhru al Razi tetapi akan ia membawa pembaca ke suatu kefahaman baru mengenai “jalan hikmah” dalam menuju pendakian falsafah paling agung yang menjangkau fikiran, realiti dan manusia biasa – Al-Haqq

Maka tidak pelik melalui kitab ini, timbul suara-suara mengatakan bahawa sifat Aristotelian beliau telah menjadi ke arah Sufi.
 

Untuk lebih lanjut, ikuti kelas Tasawuf Ibn Sina yang akan diadakan pada 1-4 Mac 2023. 

Pendaftaran berbaki 2 hari dan berakhir pada 28 Februari 2023.

Silakan klik yang mahu mendaftar

https://wa.link/w1lr1c

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top