
Pemikiran Suhrawardi masih sedikit yang mengkaji lantaran rumit dan sulit. Karya ini mengubah hidup tokoh pemikir seperti Henry Corbin secara intelektual dan spritual. Di barat beberapa pengkaji seperti Luis Massignon, Otto Spies, Helmut Ritten dan lain-lain.
Ditanya oleh muridnya kepada sang guru iluminasi tentang karyanya Hikmah al-Isyraq adalah karya falsafah atau mistis? Ya Hikmah al-Isyraq sebuah karya falsafah yang didasarkan atas pengalaman mistis. Menurut pengkaji, Hossen Ziai, unsur logika dan epistemologi begitu kental dalam bangunan falsafah iluminasi, justeru mengabaikan hal-hal itu menjamin ketidaksempurnaan analisis dalam falsafah ini. Seperti dilakukan oleh beberapa pengkaji yang lebih menumpukan sisi kerohanian mistis Suhrawardi seperti Nasr dan Henry Corbin.
Kerana itu, memahami falsafah iluminasi Suhrawardi, tidak cukup sekadar memahami karya kemuncaknya seperti Hikmah al-Isyraq tetapi perlu melihat karya lain beliau lebih awal yang berkait seperti At-Talwihat, al-Muqawamat, al-Masyari wa al-Mutharahat demi membentuk satu kesatuan kefahaman yang utuh. Iya harus dibaca mengikut urutan bermula at-Talwihat dan diakhiri dengan Hikmah al-Isyraq. Justeru, Hikmah al-Isyraqi adalah kesimpulan dari karya sebelumnya. Membaca Suhrawardi menjadi sulit kerana metodologinya saling berkait dalam keempat-empat karya tersebut.
Isyraqi bererti pencahayaan dan masyriq bererti timur. Kesatuan antara cahaya dan timur dalam Hikmah al-Isyraqi berkaitan dengan simbolisme matahari yang terbit di timur dan mencahayai segala sesuatu. Cahaya diidentifikasikan sebagai iluminasi. Ia menuntun kita mencapai kebenaran dari pancaran pencahayaan ilahi dengan mengakui diri sebagai hamba yang diciptakan dengan kurniaan akal, hati, rasio dan spiritual untuk mencapai kudrat kemanusiaan dan keilahian dalam diri. Dengan hubungan yang terhasil daripada “hikmah al-bahs” dan “hikmah az-zawq”, terhasil konsep yang memadukan intuitif-sufistik dan peripatetik.
Hikmah al-Isyraq merupakan kitab rujukan paling klasik tentang falsafah hikmah dan sumber pertama yang membahas epistemologi huduri. Hikmah al-Isyraqi mengkombinasikan falsafah dan irfani dengan menghadirkan kritik tajam terhadap peripatetik.
Demikian, Hikmah al-Isyraqi memperkenalkan kita pada satu hal iaitu untuk memperoleh kebenaran yang dipancarkan dari pencahayaan-Nya, kita harus menjadi “cahaya” bagi diri kita sendiri.
TRADISI sebuah Pusat Kajian Irfan yang memberi fokus bidang Falsafah Islam dengan menumpukan secara khusus penelitian kajian Irfan Nadzari bersumber dari khazanah ilmiah Islam klasik & kontemporari terutama bersumberkan karya-karya Ibn Arabi, Suhrawardi, Mulla Sadra dan Al Ghazali menjemput anda semua untuk sama-sama belajar mengenai pemikiran tokoh-tokoh tersebut.
Dalam Pengajian sesi ini, kita akan belajar mengenali kitab Hikmat al-Isyraq yang dianjurkan TRADISI bermula 9 December ini selama 4 kali sesi pertemuan.
Mari menyertai kuliah ini dan kita akan bersama-sama menemukan lautan terma cahaya; Nur al-anwar. Nur mujarrad, Isfahbad an-nasut, Al-anwar al- mudabbirah, Al-anwar al-qahirah, Nafs azh-zhuhur wa an-nuriyyah, Musyahadah al-Isyraq, Nur al-aqrab, Al-Isyraqat al-ulwiyyah, Al-anwar as-Sanihah, An–nur al-bariq al-ladzidz.
Kepada yang berminat turut serta boleh hubungi:
Tarikh tutup penyertaan pada 8 December 2022. (Bilangan terhad)