
Syarahan Buku 10 Siri “The Reconstruction of Religious Thought in Islam”, Muhammad Iqbal.
Syarahan buku ini akan membaca secara talaqqi karya besar Allama Muhammad Iqbal yang akan dilakukan secara fizikal. Pembacaan akan dipimpin oleh Sdr Mohd Jamizal Zainol Timbalan Pengerusi TRADISI dan Pengerusi Yayasan Peace .
Semasa pembacaan akan disyarahkan setiap baris karya tersebut dan perbincangan juga amat digalakkan bagi percambahan idea dan pandangan. Syarahan ini dijangka akan diadakan sebanyak 10 sesi yang akan membaca karya ini dari kulit ke kulit. Peserta akan dibawa bersama untuk mengunyah isi karya besar ini untuk dihadamkan dan sekaligus meningkatkan kefahaman kita berkenaan pemikiran Islam.
Dalam Reconstruction, Allama Muhammad Iqbal menyeru kepada menilai semula sudut pandang kita kepada asas-asas pemikiran dalam falsafah Islam terutamanya dari sudut epistemologi . Karya ini ialah karya besar dalam pemikiran Islam di era moden. Ia mempengaruhi beberapa orang pemikir lain seperti Ali Shariati dan Tariq Ramadhan.
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh layari www.tradisimy.com
Klik untuk daftar: