
Oleh: Firuz Ramli
Kitab Isyarat va Tanbihat secara keseluruhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu mantik dan falsafah. Setiap bahagian terbahagi kepada sepuluh fasa dimana setiap fasa mantik dimulai dengan (نهج) dan falsafah pula dimulai dengan (نمط). Pada bahagian falsafah terkandung perbahasan: Tabieyat, Ilahiyat dan Tasawuf.
Bahagian tasawuf dimulai dengan perbahasan kegembiraan dan kebahagian (البهجة و للسعادة), walau bagaimana pun saya tidak pasti adakah Ibn Sina sendiri yang meletakan nama bab tasawwuf pada namat ke 8 – 10 atau diletakan oleh pengkaji yang lain. Apa pun kata tasawwuf ini terdapat pada cetakan kajian oleh Dr. Sulaiman Dunya.
Pada namat ke 8 Ibn Sina memulakan perbahasan kegembiran dan kebahagian, maka saya membuat kesimpulan bahawa Ibn Sina pada bahagian namat ke 8 bukan bermaksud hendak memulakan perbahasan khas tentang tasawuf walau bagaimana pun ia terkait rapat dengan perbahasan tasawuf secara tidak langsung berbeza pada namat ke 9 yang membicarakan tentang kedudukan urafa sebagaimana komentar Imam Fakhru Razi menyatakan :
أن هذا الباب اجل ما فی هذا الکتاب فإنه رتب فیه علوم الصوفیة ترتیبا ما سبقة إلیه من قبله ولا لحقه من بعده
Bab (tasawuf) ini adalah bahagian paling utama dari buku ini, kerana Ibn Sina menyusun ilmu-ilmu para sufi dengan sistematik yang tidak pernah dikenal sebelumnya juga setelahnya (Imam Fakhru Razi)
Walau pun kita melihat tajuk kegembiraan dan kebahagian diletak oleh Ibn Sina pada namat ke 8, namun begitu bukanlah tujuan Ibn Sina hendak membahaskan secara mutlak hakikat kegembiraan dan kebahagian, tetapi tajuk ini diletak adalah kesinambungan dari perbahasan namat yang sebelumnya iaitu mengenai tajarrud (pemurnian dari materi) jiwa insan iaitu persoalan adakah setelah jiwa insan terpisah dari badannya maka ia tidak lagi dapat menerima kebahagian dan kesakitan kerana kebahagian dan kenikmatan hanya dapat dinikmati melalui deria hissi.
Maka menuntut persoalan ini Ibn Sina membuka bicara tentang kebahagian namun bukan kebahagian secara mutlak tetapi hanya membahaskan tentang kebahagian rohani sahaja.
Sememangnya membaca kitab isyarat pada bahagian ini adalah nikmat dan kebahagian rohani sehingga kopi dan manisan di sebelah pun saya abaikan. Selebihnya biar Dr. Ammar Fauzi menerangkan perbahasan pada namat 8-10 ini dengan lebih detail kerana perbahasan ini akan memberi satu pandangan kritis dan mendalam mengenai tujuan hidup kita, ia turut juga merangkum perbahasan falsafah akhlak. Walau bagaimana pun perbahasan ini menjadi lebih menarik bila ia dipertimbangkan dengan Al-quran dan Sunnah kerana kita akan dapati ilmu Al-quran dan Sunnah melangkaui kehebatan aqal manusia.
Yang berminat untuk mendaftar pengajian kelas tasawuf Ibn Sina, boleh hubungi wakil kami:
+60102765631 – MALAYSIA
+62 852 8021 7189 – INDONESIA
atau terus klik di bawah:
Firuz Ramli, Pengerusi di TRADISI